bitz n pisez

just another, so don\’t bother

kisah seorang ayah di hospital June 9, 2008

Filed under: bebelan — bitz @ 4:52 pm


gambar menunjukkan tangan seorang insan yang takut pada jarum

suamiku a.k.a anep pergi ke suatu majlis kenduri kahwin bersama rakan-rakan sepejabat di sungai buloh di malam minggu yang lalu. aku tidak menemaninya kerana aku lebih rela berehat di rumah setelah bekerja di sebelah siang.

setelah selesai majlis tersebut, suamiku a.k.a anep telah menelefonku seraya bertanya samaada aku memerlukan apa-apa kudapan sebelum tido. oleh kerana aku sudahpun kenyang selepas melantak sushi, aku said no tenks. chekononnya untuk siap siaga demi menonton perlawanan bola switzerland vs czech republic, aku menyediakan bantal dan air kosong secukupnya. tetapi sayang sekali, baru saja wisel pertama berbunyi, aku telah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….

tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon cilikku pada jam 4.30 pagi. ternyata encik senoi merangkap rakan suamiku a.k.a anep yang menelefonku untuk memberitahu bahawasanya suamiku a.k.a anep telah dihantar ke kg baru medical centre. chekonon sebelum itu mereka ke restoran al andalus untuk menonton bola, namun suamiku a.k.a anep memberitahu bahawa dia ingin berehat di dalam kereta barang sebentar kerana kepalanya sakit. sehingga wisel terakhir berbunyi kelibat suamiku a.k.a anep tidak terlihat di restoran itu. lantas rakan-rakan pergi ke kereta suamiku a.k.a anep dimana dia dijumpai kekejangan di dalam kereta.

encik senoi telah dengan baik hatinya datang ke rumah aku untuk membawa aku ke pusat perubatan tersebut di subuh2 sunyi. setelah aku naik ke wad, kelihatan suamiku a.k.a anep sedang berehat di atas katil, namun tangan kanannya masih kejang sedikit dan terketar-ketar. Jururawat memberitahu tekanan darah suamiku a.k.a anep adalah 148/78 dan dia mempunyai tahap karbohidrat yang terlalu tinggi di dalam badan. di sebalik itu juga, dia kekurangan garam maka terus disambungkan ke talian IV. aku pulang pada pagi itu dengan bermacam-macam kemusykilan, namun aku tetap bersyukur suamiku a.k.a anep OK.

esoknya aku kembali ke pusat perubatan tersebut membawa segala macam perkakas seorang lelaki. di sebelah petangnya zana dan tok & tokwan dan maksu nya & bakal paksu nya & bibik tiba dari kampung.


anak sapakah ini yang mencuri lauk pesakit dengan sukacitanya?

harapan kami anak-beranak semoga anda yang membaca post ini dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suamiku a.k.a anep agar dia cepat sembuh dan pulang ke rumah.

Advertisements
 

6 Responses to “kisah seorang ayah di hospital”

  1. naziah Says:

    adakah encik anep suda ok skarang? sangat kasihan sekali…. —> ini lah sebabnya BM aku dapat C3…

  2. ly-d Says:

    ashley and family hopes uncle anep gets better soon!!

    > tak daya nak pk tulis in proper bm.. early mornin bah!

  3. momster Says:

    semoga anep cepat sembuh!

  4. zezz Says:

    selamat sembuh. wah wah cik zana, mentang2 bukan dia yg sakit, sungguh hepi di hospital ya?

  5. bitz Says:

    thanks girls. he is fine now, discharged je terus pegi office.

    hehe zezz, tu laa kan? masa dia yg admitted dulu, monyok je.

  6. aduhaii.. selamat dah anep? alhamdulillah.. sorry aku terlambat menjengah kesini.. moga selamat2 selalu insyaAllah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s